MENU

  SELAMAT DATANG......Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera......  

 Kalendar Islam

 

Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan

 

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka.

Diantaranya :-

1. Menanam barang-barang Hikmat

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak puja (minyak orang mati di bunuh) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di Panah Petir, Tulang Orang Mati, Tulang Babi, Tulang Kongkang, Kulit Babi, Besi Bath Siam, Tahi Besi, Paku, Rambut, Gigi, Patung Siam, Tanah Kubur, Tengkorak, Batu Tokong Siam atau Tokong Hindu, Serpihan Batu Asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah,dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

2. Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai.Selain gambar,alat-alat badan seperti pakaian,baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta,rumah tangga dan kasih sayang.

3. Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

4. Memuja patung sebagai penganti orang yang di aniayai

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dan sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Kesan dan Tanda-tandanya

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi Mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

1. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
2. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
3. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
4. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
5. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
6. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh .
7. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
8. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
9. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
10. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
11. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
12. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. (kata orang busung) Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
13. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya".
14. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
15. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.


 

 


 


 

KURSUS

HUBUNGI SAYA

 

Intro

Ajian Kuno

Usui & Kundalini

Mahar Kursus

 

 

 


 

  My status

 

 


medangkara@hotmail.com

016-4367744
 

PRODUK

ARTIKEL


                        

                
Kesan Ilmu Hitam

kesan Pukau

 

 

 
Copyright 2011 www.medangkara.com