MENU

  SELAMAT DATANG......Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera......  

 Kalendar Islam

 

Siapakah Orang Yang Berselimut

 

Kini setelah Sunan Kalijogo mengenalkan kita kepada namanya Al Mahdi, maka kini tibalah kita kepada persoalan siapakah dia? Dan mengapakah dia? Di dalam masyarakat Islam, apabila kisah seperti ini disampaikan, maka akan wujud dua jenis golongan iaitu Golongan kiri dan Golongan kanan. Setiap satu daripada golongan ini membawa kepercayaan masing-masing. Golongan kiri, adalah golongan yang menolak sama sekali. Yakni orang-orang yang tidak menyakini bahawa adanya utusan Allah atau Rasul Allah pada zaman ini.

Mereka-mereka inilah orang yang menolak Firman Allah pada Surah Al Hujuraat yang bermaksud

“Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasul Allah”

Manakala golongan kanan pula adalah mereka yang menerima petunjuk dari Allah dan beriman kepada hari akhirat. Tetapi yang menyedihkan, jumlah manusia pada golongan kanan ini jumlah nya kecil dibandingkan dengan golongan kiri kerana terlalu sedikit yang benar-benar beriman kepada Al Quran. Tidakkah manusia terfikir bahawa Allah sentiasa memberi wahyu kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Ramai yang mengaku menerima wahyu malahan ada pula yang mengaku mampu berkata-kata dengan Allah, padahal wahyu ini disampaikan tidak lain hanyalah melalui malaikat.

Lupakah kita pada Surah 42 yang bermaksud

“Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.”

Dan bagi mereka yang benar-benar mengkaji isi kandungan Al Quran, maka pastilah mereka tahu bahawa Malaikat Jibrail lah yang akan muncul sebagai seorang lelaki bercahaya-cahaya ketika menyampaikan wahyu.

Dan Allah juga ber Firman pada Surah Yunus,


“Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami
mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka”


Maka jelas bahawa, pada satu-satu waktu, hanya seorang sahaja yang menerima wahyu. Oleh kerana itu, seorang Rasul pastilah orang yang menerima wahyu dan orang yang boleh menceritakan kepada manusia rahsia yang terkandung di dalam Al Quran. Namun fakta ini semuanya sudah diketepikan oleh manusia, kerana sekarang ini zaman sains dan teknologi, yakni zaman akal dan bukan lagi zaman wahyu maupun petunjuk. Kemunculan seorang Rasul pula tidak lengkap sekiranya dia turun tanpa bukti yang nyata. Ini lah mengapa Sunan Kalijogo menerangkan mengenai Kerajaan Allah Ta’ala. Sebelum ini ulamak mana sekalipun tidak dapat menghuraikan mengenai kisah ini, lebih-lebih lagi tentang Panji Kerajaan Nya. Sunan Kalijogo juga turut melibatkan ahli-ahli makrifat untuk memastikan sama ada apa yang beliau sampaikan itu benar atau tidak. Bagi ahli-ahli makrifat yang mencapai tahap Makrifatullah, ianya tidak menjadi persoalan kerana memang benar Kerajaan Allah Ta’ala lah yang berkuasa malahan Rasul yang dicari-cari manusia itu memerintah di alam ghaib ketika ini dan akan memerintah alam nyata pada satu waktu nanti.

Bagi kebanyakkan umat Islam, ini adalah cerita dongeng sedangkan bagi yang makrifat pula tahu bahawa Panji Kerajaan Allah Ta’ala sudah pun berkibar di serata alam ghaib sehingga di beberapa tempat di alam nyata ini. Oleh kerana itulah maka Sunan Kalijogo menyarankan para pembaca untuk menemui Priyai Abdullah Qossim. Priyai adalah salah seorang Bani Hasyim (keturunan Nabi Muhammad) yang diiktirafkan, baik di Indonesia maupun oleh pihak di Mekah sekalipun. Menurut asal usul keturunan nya, beliau yang menulis kelambu Ka’abah ini adalah berketurunan dari Wali Sunan Gunung Jati, Yang Sunan Syarif Hidayatullah.

Priyai Abdullah Qossim adalah salah seorang hamba Allah yang telah mencapai tahap Makrifatullah kini menetap di rumah Sunan Gunung Jati di Ceribon yang berusia lebih kurang 400 tahun. Beliau adalah salah seorang yang telah menerima Panji Kerajaan Nya dari Wakil yang dicari-cari ini. Priyai mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai turutan dari Baginda Nabi Muhammad SAW sehingga ke zaman ini. Mengapakah perkara ini tidak mahu umat Islam laksanakan sekiranya mereka benar-benar mencari kebenaran ?

     Part 2 

 

 


 


 

KURSUS

HUBUNGI SAYA

 

Intro

Ajian Kuno

Usui & Kundalini

Mahar Kursus

 

 

 


 

  My status

 

 


medangkara@hotmail.com

016-4367744
 

PRODUK

ARTIKEL


                        

                
Kesan Ilmu Hitam

kesan Pukau

 

 

 
Copyright 2011 www.medangkara.com