MENU

  SELAMAT DATANG......Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera......  

 Kalendar Islam

 

Home

Profil Pengasas

Rawatan

Pusat Rawatan

 

Siapakah Orang Yang Berselimut


Dan setelah di makrifatkan, maka apa pula kaitan di antara salasilah keluarga dan Panji Kerajaan Allah Ta’ala?
Lupakah saudara-saudara bahawa mereka yang dipilih oleh Allah itu datang dari satu keluarga juga?
Apakah erti isi kandungan Surah Ali Imran?
Dari manakah lahirnya Keluarga Ibrahim?
Dari manakah pula datangnya Bani Hasyim?
Dan bukankah mereka inilah Ahlul Bait?

Firman Allah di dalam Surah Ali Imran yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam,
Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat
(di masa mereka masing-masing)”

Firman Allah di dalam Surah Huud yang bermaksud

“Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah?
(Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya,
dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! S
esungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah."

Dari manakah lahirnya para-para Nabi dan Rasul-rasul sekiranya tidak dari keturunan yang sama?

Adakah ini juga hendak dinafikan padahalFirman Allah pada Surah Al An’aam yang bermaksud

“Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Yaqub kepadanya.
Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk;
dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk,
dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) yaitu
Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun.
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang shaleh. Dan Ismail, Alyasa', Yunus dan Luth.
Masing-masing Kami lebihkan derajatnya di atas umat (di masanya),
Dan Kami lebihkan (pula) derajat sebahagian dari bapak-bapak mereka, keturunan dan saudara-saudara mereka.
Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul) dan Kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus”

Bukankah jelas sekarang bahawa Rasul-rasul dan Nabi-nabi datang dari salasilah keluarga yang sama?

Oleh kerana itu, wajiblah seorang Rasul itu datang dari keturunan yang terpilih. Dan lupakah kamu kepada siapakah pemerintahan Kerajaan Nya Allah Ta’ala itu diberikan?

Firman Allah di dalam Surah An Nisaa’ yang bermaksud

“ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.”

Firman Allah di dalam Surah Al A’raaf yang bermaksud

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia,
Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk".

Mengapakah Keluarga Ibrahim diberikan Kerajaan Nya, dan mengapakah Nabi Allah Musa sekali lagi mengingatkan manusia akan anugerah Allah kepada mereka? Dan bukankah pada hari berbangkit, manusia akan mengetahui juga bahawa perjalanan seorang Rasul itu adalah di dalam Kerajaan Allah Ta’ala?

Firman Allah di dalam Surah Al Furqaan yang bermaksud

“Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir. Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya,seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul"

Maka adakah sesiapa yang di antara saudara-saudara yang mahu mengatakan bahawa Sunan Kalijogo itu menipu atau tukang sihir atau hanya seorang penyair sedangkan dia menyampaikan apa yang tertulis di dalam Al Quran? Inilah rahsia yang telah dibukakan oleh Sunan Kalijogo yang ulamak-ulamak di dunia ini semuanya kabur. Ramai yang tidak mahu mengakui kebenaran ini kerana tidak mahu tunduk kepada seorang yang tidak dikenali, kerana dasar ilmu yang tinggi mereka pelajari dari tempat-tempat pengajian Islam yang terkenal, dengan guru-guru yang ternama. Tetapi kenalkan saudara-saudara dengan Sunan Kalijogo? Sunan Kalijogo yang sebenarnya sudah wafat. Jadi siapakah yang mampu menggunakan nama seorang Wali untuk menyampaikan sekiranya dia bukan dari keturunan yang sama? Tidak ada orang di dunia ini yang mengetahui rahsia keluarga masing-masing melainkan dari darah dagingnya sendiri.

Seperti mana Firman Allah di dalam Surah Al Ahzab yang bermaksud

“Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu”

 Part 3



 

 


 


 

KURSUS

HUBUNGI SAYA

 

Intro

Ajian Kuno

Usui & Kundalini

Mahar Kursus

 

 

 


 

  My status

 

 


medangkara@hotmail.com

016-4367744
 

PRODUK

ARTIKEL

 

Mandi Bunga

Bedak Purnama.

Asmarandana

Pengunci Jiwa

Buluh Perindu

Mesem

Kayu Nangis

RJS

Pelaris Usaha

Jala Sutra

 Kelapa Dara

Cara Pesanan

 

 


                        

                
Kesan Ilmu Hitam

kesan Pukau

Petua Utk Lelaki

Nasihat Org Tua

Pantang Ubat

Tanggal Lahir

Nan Empat

Jihad Yg Benar

Jihad Yg Salah

Rahsia  Agama

Siapa Yg Selimut

 

 

 
Copyright 2011 www.medangkara.com