MENU

  SELAMAT DATANG......Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera......  

 Kalendar Islam

 

 

      Nama saya Mohd Hanipah Abbas, menetap di Pulau Pinang. Perjalanan Spiritual saya bermula pada usia 21 tahun. Saya berminat untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan Spiritual sebab dipengaruhi oleh datuk saya yang boleh mengubati orang secara Spiritual. Saya pun bertekad untuk menjadi sepertinya.

     Guru spiritual saya yang pertama ialah Kyai Tuan Haji Zakaria yang berusia 107 tahun dan berasal dari Jawa Tengah. Selama 5 tahun saya berguru dengannya, bermula dari 1991 hingga awal 1996. Melaluinya saya berjaya mencapai impian menjadi pengamal perubatan secara batin. Ilmu yang saya belajar daripadanya adalah Ajian Jaka Pati. Setelah guru saya yang pertama pulang ke negara asalnya (Jawa Tengah).

     Saya meneruskan pencarian ilmu yang lebih mendalam dengan guru saya yang kedua. Beliau bernama Kyai Tuan Haji Zulkarnain Ibrahim yang berusia 98 tahun dan dia juga berasal dari Jawa Tengah. Pada penghujung tahun 1996 sehingga 2001 bermulanya perguruan saya dengannya.

   Melaluinya saya mempelajari cara penyembuhan menggunakan kaedah ubat-ubatan tradisional dan ilmu kebatinan Ajian Kajewan Kuno Setelah berjaya mengubati pelbagai jenis masalah berkaitan dengan spiritual dan ubat-ubatan yang telah pelajari, pada tahun 2005 saya bercadang untuk mempelajari kaedah-kaedah moden dari guru-guru yang bertauliah seperti :-

                         Yan Nurindra@Pak Yan dan Pak Ruly
     (Prana Shakthi Dharana, Usui Reiki & Kundalini Reiki Master)

                         Dr.Zulkifli bin Alias & Sazali bin Ahmad
                (Mind Mastery Programme, Certified Hypnotist)

                                       Roy R. Sonyoto
                                             (Biosinergi)


    Selama 18 tahun (1991 - 2009) saya mempraktikkan kaedah tradisional dan moden. Saya mendapat ilham untuk menggabungkan kedua-dua kaedah ini dan mencipta ilmu kebatinan (Ajian Kuno Medangkara) yang lain daripada yang lain. Saya berjaya menghasilkan Energi dan kaedah yang tidak pernah lagi dicipta di Alam Semesta ini.

   Saya telah berjaya menyembuhkan bermacam-macam penyakit secara zahir dan batin. Saya telah dapat menyembuh dan menyelesaikan masalah pesakit-pesakit saya dari seluruh negara Malaysia, Singapura, India dan Amerika Syarikat yang telah mencapai berpuluh-puluh ribu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

    Saya juga telah mendapat banyak manfaat seperti penyembuhan penyakit, Menyelesaikan Masalah, Pemikiran, Melihat, Komunikasi, Gerak Hati dan apa saja yang saya hendak maka diperolehi dengan mudah dan senang, TANPA BATAS serta ditunaikan dan dimakbulkan dalam masa yang singkat dengan Izin Allah s.w.t (Tuhan Yang Maha Esa). Dengan mengamal dan menggunakan Ajian Kuno Medangkara...

   Pada saat ini Ajian Kuno Medangkara telah berjaya diwariskan kepada isteri dan ketiga-tiga anak saya. Isteri saya telah berjaya menguasai keseluruhan Ajian Kuno Medangkara dan mengamalnya sampai sekarang. Beliau juga telah mendapat banyak manfaat daripada Ajian Kuno Medangkara seperti, boleh menyembuhkan dirinya sendiri dan orang lain.

   Dalam masa yang singkat, saya telah mewariskan Ajian Kuno Medangkara ini kepada ramai anak murid yang terdiri dari berbagai lapisan umur, kaum dan agama. Sekarang saya bersyukur kepada Allah s.w.t ( Tuhan Y.M.E ) kerana telah memberikan ilham kepada saya mencipta Ajian Kuno Medangkara untuk diri sendiri dan semua orang yang memerlukannya.

 

 


 


 

KURSUS

HUBUNGI SAYA

 

Intro

Ajian Kuno

Usui & Kundalini

Mahar Kursus

 

 

 


 

  My status

 

 


medangkara@hotmail.com

016-4367744
 

PRODUK

ARTIKEL


                        

                
Kesan Ilmu Hitam

kesan Pukau

 

 

 
Copyright 2011 www.medangkara.com