MENU

  SELAMAT DATANG......Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera......  

 Kalendar Islam

 

Petua Untuk Kesihatan Tenaga Batin

 

 Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua telah diajarkan oleh orang-orang tua Jawa Kuno untuk kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan menghalalkan yang haram tapi merupakan hasil dari pengalaman orang-orang tua Jawa Kuno .
 

1.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air ais.

2.Jangan amalkan memakan makanan bersifat sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. (Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu).

3.Jangan memakan makanan yang kuahnya banyak kerana ia melemahkan zakar.

4.Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5.Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersetubuh.

6.Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.

7.Jangan makan kepak ayam kerana ia melemahkan zakar.

8.Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

9.Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

10.Elakkan dari membuang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air kecil. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

11.Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa Air mani keluar dan melemahkan zakar.

12.Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

13.Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju kezakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

14.Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

15.Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari bersetubuh lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

16.Jangan bersetubuh di dalam air.

 


 


 

KURSUS

HUBUNGI SAYA

 

Intro

Ajian Kuno

Usui & Kundalini

Mahar Kursus

 

 

 


 

  My status

 

 


medangkara@hotmail.com

016-4367744
 

PRODUK

ARTIKEL


                        

                
Kesan Ilmu Hitam

kesan Pukau

 

 

 
Copyright 2011 www.medangkara.com