NASIHAT ORANG TUA-TUA KUNO
1) Kita sering mendengar orang sesat di
hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang
daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam
hutan". Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil
sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan
tersebut.
2) Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga
batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir
100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi
generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara
lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh
kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil di dalam
air.
3) Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu,
dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam
sekali.
4) Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.
Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh
mendatangkan musibah yang tidak diduga. Bagi mengatasi musibah ini
orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali
menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di
gigi air.
5) Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di
dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di
atas tangga juga berat jodoh.
6) Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda
sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri.
7) Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih
sayang yang teramat sangat.
8) Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit
jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di
tempat-tempat kotor. Bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu
menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat.
9) Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan
badan menjadi lemah dan luntur.
10) Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap
penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar.
11) Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya
pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan
ini boleh memendekkan rezeki.
|