MENU

  SELAMAT DATANG......Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera......  

 Kalendar Islam

 

Jihad Yang Benar


Sejak kebelakangan ini, persoalan mengenai jihad amat kerap dibangkitkan. Terbaru ialah mengenai golongan militan Islam yang mahu menegakkan kerajaan Islam melalui jihad bersenjata. Perkara ini bukan baru malahan ianya impian ramai umat Islam di negara ini, iaitu jihad melalui jalan kekerasan, melalui pertumpahan darah. Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah oleh mu bahawa Jihad yang sebenarnya bukanlah melalui peperangan mahupun pertumpahan darah. Jihad yang sebenarnya ialah Perjalanan Membetulkan Diri Sendiri.

Firman Allah di dalam Surah Al ‘Ankabuut yang bermaksud


“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”

Sebagai seorang Islam yang memegang kepada rukun Iman, mengapakah tidak kita rujuk Al Quran sebagai pedoman? Perlaksanaan sesuatu jihad tanpa pedoman mampu menyesatkan. Maka siapakah di antara kita yang mampu menentukan Jihad yang sebenar-benarnya? Maka sekali lagi, mengapakah tidak kita rujuk Al Quran, yang terang lagi menerangi?

Firman Allah di dalam Surah Al Hajj yang bermaksud

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan, (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini,supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”

Apakah perkara yang dinyatakan di ayat di atas yang ramai tidak mengambil iktibar? Siapakah Rasul yang menjadi saksi ke atas diri saudara-saudara?



 

 


 


 

KURSUS

HUBUNGI SAYA

 

Intro

Ajian Kuno

Usui & Kundalini

Mahar Kursus

 

 

 


 

  My status

 

 


medangkara@hotmail.com

016-4367744
 

PRODUK

ARTIKEL


                        

                
Kesan Ilmu Hitam

kesan Pukau

 

 

 
Copyright 2011 www.medangkara.com